Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madammu belanja 1,000 pasang baju baharu

    Usahawan Madammu terpanggil untuk memberi sumbangan pakaian baharu buat golongan memerlukan bersempena kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.

    Madammu atau Eriyca Baiduri, 34, berkata, dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas tersentuh membaca berita mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.

    “Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tidak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan terpaksa dilalui mereka.

    “Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan di luar sana,” katanya.

    Madammu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

    Susulan itu, menurut mStar, Madammu memberitahu pihaknya akan menyediakan sebanyak 1,000 pasang pakaian baharu khusus buat golongan wanita yang tidak berkemampuan dalam masa terdekat.

    “Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1,000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan.

    “Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian itu. Saya akan buat dalam masa terdekat,” katanya.

    Sementara itu, Madammu turut memohon agar tiada individu cuba mengambil kesempatan memandangkan usaha murni ini bertujuan bagi membantu mereka yang benar-benar berdepan masalah kewangan. – Agensi

    Madammu akan menyediakan 1,000 pasang pakaian untuk golongan wanita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda