Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahasiswa UMS lawat RPN Mentiri

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kawasan 2 Kampung Mentiri pada 2 Julai lalu, menjadi tumpuan lawatan daripada 35 mahasiswa dan mahasiswi kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena program Jelajah Pemadam Lintas Sempadan (PENTAS24).

    Turut hadir di acara tersebut bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Rombongan PENTAS24 itu yang diketuai oleh Arifni Safri Khan menumpukan lawatan di kediaman Pemangku Ketua Kampung RPN Kawasan 2 Kampung Mentiri, Haji Nizam bin Haji Julaihi.

    Semasa lawatan tersebut, rombongan PENTAS24 berpeluang melihat lebih dekat lagi masakan tradisi Brunei dan hasil kerja tangan penduduk berkenaan, selain dibawa menyaksikan secara dekat persekitaran Kampung Batu Marang.

    Program PENTAS24 merupakan pendedahan kepada peserta untuk mendekati kegiatan kemasyarakatan di Negara Brunei Darussalam di samping mengasah nilai-nilai kepimpinan kepada mahasiswa UMS yang menjurus kepada integriti, tanggungjawab dan nilai murni.

    Yang Berhormat Awang Lawi bergambar ramai bersama rombongan PENTAS24 semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda