Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis berbuka bersama golongan mualaf

    Oleh Syahmi Hassan

    TEMBURONG, 23 APRIL – An-Naafii meneruskan lagi program mingguan untuk menyantuni golongan mualaf dengan mengadakan majlis iftar bersama saudara-saudara mualaf baharu di Kampung Semabat, Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Program yang merupakan kerjasama dengan Ikatan Pengusaha Muslimah Indonesia (IPEMI) dan didukung oleh Pusat Dakwah Temburong itu telah menjemput seramai 80 orang mualaf di sekitar kampung tersebut untuk menghadiri majlis iftar bersama-sama.

    Acara dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada para mualaf berbentuk pakaian dan makanan serta cenderahati untuk imam Balai Ibadat Kampung Semabat yang disampaikan oleh wakil daripada Pakatan Sdn Bhd, Haji Salleh bin Haji Hidup, sementara makanan katering disumbangkan oleh Selera Bagja Sdn Bhd.

    Acara turut diisikan dengan tazkirah berjudul ‘Sedekah dan Menyampaikan Hajat Orang Lain’ yang disampaikan oleh Haji Hazimin bin Haji Metali sebelum berbuka puasa.

    Terdahulu, wakil daripada An-Naafii dan IPEMI terlebih dahulu telah menyerahkan sumbangan lapan buah kipas angin kepada Rumah Panjang Sumbiling Lama, Daerah Temburong.

    An-Naafii dan IPEMI dalam pada itu akan meneruskan lagi program untuk menyantuni golongan mualaf di daerah tersebut dari semasa ke semasa.

    Sesi bergambar ramai semasa acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda