Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan peringati perasmian HOSPITAL PMMPMHAMB

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 11 OGOS – Bersempena memperingati 24 tahun perasmian Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau As-Salam, hospital tersebut, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Majlis dimulai dengan sembahyang Sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran yang diselajurkan dengan acara memotong pulut kuning oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi memperingati detik perasmian tersebut.

    Turut hadir ialah pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Kesihatan, para pengarah dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan serta pegawai dan kakitangan hospital tersebut.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa hadir pada majlis memperingati perasmian Hospital PMMPMHAMB ke-24 tahun.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda