Thursday, January 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran jubli perak Hospital PMMPMHAMB

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena memperingati jubli perak perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong yang berlangsung di Surau As-Salam, hospital itu di Tutong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB.

    Majlis didahului dengan sembahyang Fardu Maghrib dan diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena memperingati Jubli Perak perkhidmatan Hospital PMMPMHAMB.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham memotong kek bagi memperingati jubli perak perkhidmatan Hospital PMMPMHAMB. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Surau As-Salam, Hospital PMMPMHAMB, Tutong, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda