Saturday, February 1, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran sempena Hari Belia Kebangsaan ke-18

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) ke-18 tahun ini, Kemen-terian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran (Solat Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Bacaan Surah Yaasin, Bertahlil serta Doa Kesyukuran) di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan, ahli-ahli persatuan dan pergerakan belia dan sukan, pasukan-pasukan belia beruniform, institusi-in-stitusi pengajian tinggi dan menengah, belia-belia masjid, ahli-ahli Jawatan-kuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah dan belia-belia amnya bagi sama-sama memanjatkan doa dan sebagai tanda kesyukuran betapa beruntungnya belia di negara ini terus hidup dalam suasana aman dan bebas bergerak dengan sokongan kerajaan secara berterusan.

    Pada majlis itu, Doa Kesyukuran sempena Sambutan HBK ke-18, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Menghindari Wabak COVID-19 dibacakan oleh Pega-wai Masjid, Masjid Mohamed Bolkiah, Awang Mohamad Omar Afiq Hasyir bin Haji Ismail.

    HBK diraikan bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para belia yang banyak memberi sumbangan bakti dan impak kepada penduduk dan masyarakat di negara ini, selain sebagai platform ke arah membarigakan kejayaan para belia di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa dalam mengangkat dan memartabatkan sumbangan para belia di seluruh negara.

    Pada tahun ini, acara kemuncak iaitu Majlis Sambutan HBK ke-18 dengan tema ‘Belia Siaga Masa Depan’ akan diadakan pada 1 Ogos di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu. – Gambar serahan KKBS
    ATAS & BAWAH : Antara yang turut hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Belia Kebangsaan ke-18. – Gambar serahan KKBS
    Gambar serahan KKBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda