Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Majlis perpisahan buat Duta Besar Kemboja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hok Sophea yang bakal menamatkan khidmatnya ke negara ini telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Perpisahan di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini, malam tadi.

    Majlis dihoskan oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko selaku Dekan Kor Diplomatik bersama ketua-ketua perwakilan luar negara ke negara ini.

    TYT Hok Sophea mula bertugas di negara ini pada November 2019 dan menyembahkan Watikah Tauliah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Jun 2021.

    Dalam ucapan perpisahannya, Tuan Yang Terutama merafak sembah junjung kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan Baginda atas kejayaan membendung wabak COVID-19 dan menjaga keselamatan rakyat dan penduduk Brunei semasa kemuncak wabak berkenaan.

    “Saya bersyukur dengan pengalaman dan ilmu yang saya pelajari di Brunei. Tiga tahun tinggal di Brunei telah berlalu dengan cepat.

    “Saya berharap sokongan dan kerjasama yang sama juga dapat dihulurkan kepada pengganti saya yang akan tiba di Brunei awal tahun depan,” tambahnya.

    Mewakili Kor Diplomatik, TYT Dr Sujatmiko mengucapkan tahniah kepada TYT Hok Sophea atas kejayaannya membangunkan hubungan Brunei-Kemboja dalam pelbagai bidang.

    Menurut beliau, kerjasama dalam perdagangan, pendidikan dan kebudayaan antara kedua-dua negara telah meningkat semasa TYT Hok Sophea memegang jawatan.

    TYT Dr Sujatmiko, TYT Hok Sophea bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...