Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Majlis Persantapan Diraja berseri

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar di Istana Nurul Iman, malam ini.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana
    Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

    Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul
    Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani.

    Hadir sama ialah Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan YAM Pengiran Muda Bahar di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja ke Majlis Persantapan Diraja.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan YAM Pengiran Muda Bahar di Istana Nurul Iman. Turut berangkat, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani, kerabat diraja serta tetamu diraja.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, serta kerabat diraja Johor semasa berangkat ke majlis berkenaan, malam tadi.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong serta kerabat diraja Pahang semasa berangkat ke majlis persantapan berkenaan.
    Keberangkatan masuk YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YAM Pengiran Muda Bahar bagi Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman.
    YAM Pengiran Bini Hajah Faizah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam bersama tetamu khas diraja. Hadir sama ialah Datin Paduka Seri Hajah Mariam.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat diraja Johor berangkat sama ke majlis itu.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat pada majlis tersebut.- Gambar serahan Yuddin HB
    Cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang turut hadir.
    ATAS & BAWAH: YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Pengiran Elina Zuraidah, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, YAM Pengiran Muda Omar Ali, YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah, YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Naafi’ah Khairul Bulqiah turut hadir pada majlis penuh gemerlapan berkenaan.

    ATAS & BAWAH: Antara tetamu khas yang turut hadir pada majlis berkenaan.

    Berangkat sama ialah kerabat-kerabat diraja dari Johor dan Pahang.

    Turut berangkat dan hadir ke majlis itu ialah pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli majlis-majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang dan manteri-manteri pendalaman, duta-duta, pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, setiausaha-setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan.

    Terdahulu sejurus sebelum Majlis Persantapan Diraja bermula, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja berkenan menerima kunjungan muhibah dan mengadap para tetamu khas di ruang lain Istana Nurul Iman.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis Persantapan Diraja turut diserikan dengan persembahan muzik kebudayaan.
    Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta mempelai diraja berkenan beramah mesra bersama-sama dengan para tetamu khas Baginda.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...