Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis sungkai raikan 15 anak-anak dari YASKA

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dengan penghujung bulan Ramadan semakin hampir, Progresif Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sungkai bagi 15 orang kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) Brunei di The Chef Restaurant, Culinary School, Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) pada 29 Mac lalu.

    Majlis itu dihasratkan untuk menyebarkan rasa keriangan dan kemesraan dalam kalangan kanak-kanak pada bulan Ramadan.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan ceramah motivasi bagi memberikan inspirasi dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kepada kanak-kanak dan penjaga mereka yang dipimpin oleh Awang Luqman Hamdan dan diikuti dengan bacaan Doa Tahlil.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sampul Hari Raya dan pek cenderahati bagi meraikan Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

    Tetamu pada majlis berkenaan termasuk ahli pengurusan kanan Progresif yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pentadbiran, Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir dan Ketua Pegawai Operasi LCB, S Sivarajah dan Presiden YASKA, Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen.

    Awang Abdul Hakeem dipetik menyatakan perasaan amat berbesar hati untuk sekali lagi menganjurkan majlis sungkai yang mengumpulkan anak-anak yatim dan kanak-kanak dari YASKA.

    Majlis itu, tambahnya, diharap dapat membawa keriangan dan kegembiraan ke dalam kehidupan kanak-kanak serta merupakan komitmen pihaknya untuk memupuk masa depan yang lebih cerah bagi komuniti kita dengan memperkayakan kehidupan dan memupuk semangat positif dalam masyarakat.

    Gambar ramai bersama 15 anak–anak dari YASKA dan wakil Progresif Sdn Bhd. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda