Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien berhampiran Gerai Tamu Selera selama dua hari pada 23 dan 24 Disember ini.

    Menurut JKR, penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif di kawasan berkenaan.

    Di kesempatan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi di mana kerja-kerja pembaikan akan dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda