Sunday, September 22, 2024
34.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penyebaran dokumen palsu guna logo MOFE

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Penyebaran dokumen palsu yang menggunakan logo Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) untuk meminta sumbangan wang tunai kepada Tabung Kemanusiaan Palestin di Gaza dan boleh dibuat kepada kelab atau persatuan Motorsikal Bebas, Negara Brunei Darussalam adalah TIDAK BENAR.

    Kementerian kewangan dan Ekonomi (MOFE) juga ingin menegaskan kepada orang ramai bahawasanya adalah menjadi satu kesalahan bagi menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148, yang mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu secara lisan, bertulis atau dengan apa jua cara lain dan seterusnya menyebabkan ketidaktenteraman orang ramai, boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 dan penjara selama 3 tahun.

    Seterusnya, kementerian juga menekankan bahawa penggunaan logo mana-mana agensi kerajaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan berat.

    Barang siapa yang menipu dengan menyamar, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun dan didenda di bawah Bab 419 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

    Bagi kes penyebaran maklumat palsu ini, laporan kepada pihak berkuasa telah dilaksanakan bagi tujuan tindakan siasatan. Di kesempatan ini, pihak orang awam adalah dinasihatkan untuk menghubungi Unit Korporat Komunikasi, MOFE melalui talian 2380999 atau melalui email pr@mofe.gov.bn jika terdapat maklumat yang mencurigakan.

    Dokumen palsu berkenaan. – GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN MOFE

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda