Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Malaysia masih dalam hati – Misbun

    KUALA LUMPUR, 17 JUN – Pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri adalah istilah tepat menggambarkan pendirian Datuk Misbun Sidek apabila legenda badminton Malaysia itu mahu terus menabur bakti menurunkan ilmu dalam arena badminton di Malaysia. 

    Misbun berkata ini kerana hatinya belum ‘terbuka’ untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini namun tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian pada masa hadapan. 

    “Saya masih buat bimbingan untuk persendirian (selain sebagai) perunding macam mana nak tingkatkan taraf daripada soal latihan untuk pembangunan (di Malaysia). 

    “Tawaran (jurulatih) sentiasa ada (selain) sesi pujuk-memujuk (dari luar negara), tetapi saya ini daripada dulu macam itu. Mungkin akan datang kita tidak tahu, tetapi apa yang saya buat sekarang, jika awda mahu saya, awda nak belajar, awda datang (Malaysia), senang,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

    Sebelum ini kelab Nusa Mahsuri yang berpangkalan di Ampang, menerusi hantaran Facebooknya pernah berkongsi Misbun telah ‘melanyak’ tiga pemain remaja Thailand ketika menjalani latihan intensif hampir sebulan. 

    Misbun meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas badan induk itu memutuskan pada 28 Julai tahun lalu untuk menamatkan kontrak Misbun lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

    Misbun yang ketika itu Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana penamatan kontraknya dibuat tanpa persetujuan bersama. 

    Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagaimanapun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media dengan menawarkan kepada Misbun untuk menghabiskan kontrak asal bersama ABM hingga hujung tahun lepas. – Bernama 

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...