Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tangkap 8 suspek berkaitan IS

    KUALA LUMPUR, 25 JUN – Menteri Dalam Negeri Malaysia hari ini berkata polis menahan lapan orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) yang kononnya merancang serangan ke atas raja dan perdana menteri.

    Suspek telah ditangkap pada hujung minggu di beberapa tempat, kata Menteri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata siasatan awal polis ‘juga mendapati terdapat ancaman terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri, tokoh-tokoh terkemuka dan kepimpinan tertinggi pasukan polis Malaysia’.

    Enam orang lelaki dan dua orang wanita yang diberkas itu terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk penganggur dan profesional berpendidikan, tambah menteri itu.

    Mac lalu, penyerang bersenjatakan parang yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan berkaitan Al-Qaeda menyerbu balai polis di negeri Johor dan membunuh dua pegawai.

    Penyerang itu, yang dikatakan polis mempunyai kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI), telah menetak seorang pegawai sebelum merampas sepucuk pistol dan menembak pegawai lain.

    Ketua Polis Negara, Razarudin Husain pada Mac berkata bahawa Malaysia akan meningkatkan keselamatan susulan serangan itu. – AFP

    Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Tan Sri Razarudin semasa berucap di sidang media di Kementerian Dalam Negeri kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda