KUALA LUMPUR, 18 Jun – Malaysia akan menjadi tuan rumah edisi ke-22 Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik 2018 (CEPSI 2018) dan bertema, ‘Membayangkan Semula Utiliti Masa Depan’, selama enam hari mulai 17 September 2018.
CEPSI tahunan itu dihoskan negara di sekitar rantau Asia Timur dan Pasifik Barat.
“Dibawa kepada anda oleh Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), CEPSI 2018 adalah platform yang kukuh untuk pemain tenaga membincangkan masa depan tenaga dunia kita,” Kata Energy Watchdi laman webnya, http://www.energywatch.com.my.
Persidangan itu dijangka menerokai beberapa topik semasa di bawah kategori yang menjadi tajuk utama sepanjang tahun lalu, di antaranya adalah kelestarian dan tenaga hijau, alternatif penjanaan dan masa depan, penghantaran dan grid masa depan serta grid pintar dan teknologi baharu. – Bernama