CHICAGO , 5 OKTOBER 2009 – Setelah mati di dasar sungai yang berlumpur, seekor anak mamot mengambil masa 40,000 tahun membeku dengan kesan air susu ibunya terdapat di dalam perutnya.
Tiga tahun selepas ditemui oleh penternak rusa puak suku, Lyuba akan menuju ke Chicago sebagai bintang mamot dan dipamerkan di Muzium Filed yang terkenal di dunia.
Pameran tersebut diumumkan akan dibuka pada 4 hingga 5 Mac dan akan berlangsung sehingga 6 September. Muzium Field merupakan yang pertama mempamerkan spesimen prasejarah itu.
“Terdapat peluang untuk menyaksikan spesimen-spesimen seperti Lyuba dan ia menunjukkan betapa hampirnya kita akan mengetahui mengenai haiwan ini seperti apa,” kata kurator utama Daniel Fisher, professor sains geologi di Universiti Michigan yang tergolong daripada sebahagian kumpulan pengkaji antarabangsa.
Lyuba berusia sebulan ketikanya mati telah mengajar para pengkaji mengenai mamot yang mana mereka tidak dapat mengkaji dari fosil dan lain-lain bekas tinggalan yang pernah ditemui dan disimpan.
“Kita tidak ada idea dari tengkorak yang diawet bagi mamot yang mempunyai struktur sel lemak di belakang kepala,” kata Fisher kepada wartawan.
Longgokan itu bertindak sebagai tempat menghangatkan suhu badan ketika cuaca sejuk yang membantu teori tersebut mengenai mamot yang lahir di awal musim luruh.
Lyuba tampil dalam keadaan sihat bila ia mati dan para pengkaji mendapati sedimen dan lumpur di mulutnya dan belalai lehernya menunjukkan lemas ketika bergelut membebaskan dirinya dari kawasan lumpur.
Kemudian Lyuba mula dikunjungi di Muzium Sejarah Alami London oleh para penduduk dari 10 buah bandar pada 2014. – AFP