Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaat bayaran secara digital

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Dengan perkembangan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan kewangan secara digital menjadi lebih penting dan relevan.

    Dalam hubungan itu, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan tahap celik kewangan digital, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) mengongsi maklumat yang mengetengahkan perkhidmatan kewangan digital di Negara Brunei Darussalam.

    Walaupun wang tunai masih digunakan secara meluas di negara ini, pembayaran secara digital semakin sering digunakan oleh itu, BDCB ingin mengongsikan pelbagai manfaat pembayaran digital termasuk kemudahan dan keselamatan.

    Beberapa manfaat dalam menggunakan pembayaran digital adalah kemudahan yang berleluasa di mana kita boleh membuat pembayaran bagi barang-barang keperluan dan bil secara mengirim wang kepada rakan tanpa perlu mencari dompet atau berkunjung ke bank.

    Itulah kelebihan pembayaran secara digital di mana hanya penggunaan kad atau ketikan pada telefon pintar atau komputer, kita boleh membuat transaksi dengan segera pada bila-bila masa serta di mana pun jua, tidak perlu beratur dan rasa bimbang membawa wang tunai. Ia juga dapat mengurangkan kebimbangan risiko keselamatan di mana membawa wang tunai mempunyai risikonya seperti jika dompet kira hilang atau dicuri, kemungkinan besar wang itu juga akan hilang.

    Walau bagaimanapun, dengan pembayaran digital, wang dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan. Perkembangan teknologi dan langkah pengesahan sekarang menyukarkan penjenayah siber daripada mengakses dana mereka.

    Selain itu, ciri-ciri seperti pengesahan biometri, One-Time Password (OTP) dan token keselamatan juga bertujuan untuk memastikan hanya kita mempunyai akses kepada akaun kita. Oleh itu, pembayaran digital juga boleh mengurangkan risiko tekanan membawa wang tunai dan membawa kepada ketenangan fikiran.

    Dapat memantau perbelanjaan dengan mudah, dengan pembayaran digital, kita boleh memberikan rujukan kepada tabiat perbelanjaan kita di mana kebanyakan aplikasi perbankan digital dapat menunjukkan semua transaksi kita.

    Dengan itu, kita boleh membuat perubahan terhadap perbelanjaan kita dan membuat keputusan wang yang bijak.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda