Sunday, September 29, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir di Kedah meningkat 451 orang

    ALOR SETAR, 29 SEPT – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 451 orang daripada 160 keluarga setakat 8 pagi hari ini berbanding 163 orang daripada 59 keluarga malam tadi.

    Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

    Di Kubang Pasu, seramai 249 orang daripada 94 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan Lubuk Batu yang dibuka semalam.

    Sementara itu, di Pokok Sena, seramai 153 orang daripada 48 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang dan Dewan Serbaguna Pokok Sena manakala di Padang Terap, seramai 49 orang daripada 18 keluarga ditempatkan di Masjid Aisyah Kampung Tanjung Kanan.

    Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar; Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu telah melebihi paras bahaya. – Bernama

    Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan pada 28 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda