Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mantan CIA dituduh bocor maklumat

    WASHINGTON, 19 Jun – Mantan kakitangan operasi perisik siber CIA kelmarin didakwa kerana membocorkan alat mengodam kepada WikiLeaks dalam satu pelanggaran terbesar yang menjejaskan agensi tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan. Joshua Schulte dituduh membocorkan maklumat yang tidak diketahui mengenai keupayaan CIA kepada kumpulan yang diidentifikasikan sebagai ‘Organization-1’ yang kemudiannya mendedahkan maklumat itu di internet.

    Sementara penuduhan tersebut tidak memberikan sebarang butiran lanjut, pemfailan awal yang dibuat oleh peguam Schulte menunjukkan siasatan tersebut melibatkan pembocoran koleksi alat pengodam ‘Vault 7’ dari WikiLeaks, virus, Trojan dan perbuatan ‘zero day’ di mana mengandungi alat paling bernilai CIA yang digunakan untuk masuk ke komputer musuh.

    WikiLeaks mula mendedahkan 8,761 dokumen daripada Vault 7 pada Mac 2017 sekali gus menjejaskan agensi tersebut dan menyediakan pengodam profesional dan amatur dari seluruh dunia alat yang sama yang digunakan oleh perisik Amerika Syarikat.

    “Sumber berharap untuk memulakan perdebatan terbuka mengenai keselamatan, ciptaan, kegunaan, pembiakan dan pengawalan demokratik senjata siber,” menurut WikiLeaks pada masa itu.

    Ia tidak dinafikan telah menjadi insiden pembocoran terburuk yang dialami oleh perisik rahsia AS sekali gus memberi amaran kepada pegawai keselamatan tertinggi kerajaan.

    Schulte telah menjadi suspek awal tetapi hanya didakwa secara senyap pada September 2017 selepas memiliki sejumlah besar pornografi kanak-kanak di dalam komputer miliknya.

    Semasa tuduhan dibacakan juri, dia berdepan dengan 13 tuduhan yang berkaitan dengan curi dan pembocoran maklumat rahsia pertahanan dan pornografi kanak-kanak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda