Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Marahkan nyamuk, kelambu dibakar’

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 16 DIS – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini ia menyelamatkan lima warga Iran yang disyaki menyeludup dadah selepas mereka membakar dadah dalam kapal layar tradisional di luar pantai Oman.

    Tentera Laut mengeluarkan gambar pengawasan udara menunjukkan kapal tradisional, dikenali sebagai dhow, ketika ia belayar di Teluk Oman semalam. Mereka yang berada dalam kapal menyimbah cecair, kemungkinan minyak tanah, di atas kargo ketika Tentera Laut mendekati. Asap seterusnya naik dari kapal selepas mereka membakarnya, dengan letupan menggegar kapal.

    Kelasi dari kapal peronda USS Sirocco tiba selepas itu, menyelamatkan lelaki berkenaan. Anak kapal juga menemui lebih 1,745 kilogram hashish, 500 kilogram methamphetamine dan 30 kilogram heroin. Tentera Laut menilai dadah dirampas bernilai AS$14.7 juta.

    Kelasi percaya ia hanya mewakili separuh daripada kesemua dadah yang disimpan dalam dhow, dengan selebihnya dibakar atau tenggelam bersama kapal, kata Komander Timothy Hawkins, jurucakap untuk Armada ke-5 Tentera Laut AS. Lima warga Iran yang diselamatkan dari dhow menerima rawatan dan diserah kepada pihak berkuasa di Oman, kata Tentera Laut. Seorang lagi warga Iran dalam dhow masih hilang.

    Iran tidak mengesahkan kejadian tersebut hari ini. – AP

    Gambar serahan Tentera Laut AS menunjukkan kapal dhow yang disyaki menyeludup dadah terbakar di Teluk Oman pada 15 Disember. Lima warga Iran berjaya diselamatkan dalam kejadian itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda