NEW YORK, 31 MAC – Seorang hakim persekutuan di New York pada hari ini membenarkan pembebasan dari penjara ke atas seorang bekas presiden bolasepak senior Brazil yang berusia 87 tahun atas dasar kemanusiaan yang dijatuhkan atas kesalahan skandal rasuah FIFA.
Hakim, Pamela Chen membenarkan pembebasan Jose Maria Marin, bekas presiden Persekutuan Konfederasi Bolasepak Brazil, yang menjalani hukuman penjara empat tahun kerana menerima jutaan ringgit sebagai sebahagian daripada skandal rasuah FIFA global.
Marin dijadualkan dibebaskan pada awal Disember 2020, menurut Biro Penjara Persekutuan AS.
Tetapi selepas permintaan dari peguam Brazil itu, Chen ‘melepaskannya atas belas kasihan’, termasuk atas sebab-sebab usianya, kesihatan beliau juga yang semakin merosot serta meningkatkan risiko buruk akibat penyakit semasa COVID-19, status sebagai pesalah tanpa kekerasan dan telah menjalani 80 peratus hukuman asalnya dari dokumen pengadilan yang dilihat.
Marin adalah pegawai bolasepak utama yang pertama didapati bersalah dan dihantar ke penjara di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada skandal FIFA melalui sogokan dan rasuah yang menjejaskan reputasi organisasi sukan global.
Dia ditahan dan dipenjara di FCI Allenwood dengan kemudahan keselamatan minimum di negeri Pennsylvania.
Pada bulan Ogos 2018, seorang juri New York mendapati Marin bersalah menerima rasuah sebanyak AS$6.6 juta bersama dengan timbalannya, Marco Polo del Nero sebagai pertukaran kontrak untuk menyiarkan kejohanan utama mereka.
Apabila mendengar hukumannya, Marin, yang telah berkhidmat selama 13 bulan dipenjara, telah merasa sedih di dalam ruang pembicaraan dan menangis.
“Saya boleh mati di penjara!” dia menangis. “Isteri dan keluargaku, jangan ambil kehidupan mereka!”
Sebelum ini terdapat beberapa bekas pegawai bola sepak dikaburi dengan ketamakan dan menerima berjuta-juta dolar dalam rasuah, pendakwa Amerika Syarikat (AS) mendedahkan sebelum ini. – AFP