Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maroon 5 singgah Malaysia tahun depan

    Band pop terkenal, Maroon 5 bakal menjelajah di enam negara Asia termasuk Malaysia menerusi siri jelajah Maroon 5 Asia antara Januari hingga Februari tahun depan, lapor BH Online.

    Band dari Amerika Syarikat (AS) yang mula meraih perhatian pada era 1990an itu bakal memulakan konsert jelajah di Manila, Filipina; Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand; Tokyo, Jepun; Kuala Lumpur, Malaysia dan Kaohsiung, Taiwan.

    Melalui kenyataan dikeluarkan penganjur Live Nation, Maroon 5 dijadual beraksi di Malaysia pada 12 Februari tahun depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan pra-jualan tiket bermula 30 September ini, antara jam 11 pagi hingga 11:59 malam.

    Kenyataan itu juga menyebut, Maroon 5 bakal membuat penampilan di SM Mall of Asia Arena, Manila pada 29 Januari depan; Jakarta International Stadium, Jakarta (1 Februari); Impact Arena, Bangkok (3 Februari); Tokyo Dome, Tokyo (6, 7 dan 8 Februari) dan Kaohsiung National Stadium, Kaohsiung (14 Februari).

    Maroon 5 yang kini dianggotai Adam Levine, Jesse Carmichael, James Valentine, Matt Flynn, PJ Morton dan Sam Farrar sudah melancarkan tujuh album, iaitu Songs About Jane pada 2002, It Won’t Be Soon Before Long (2007), Hands All Over (2010), Overexposed (2012), V (2014), Red Pill Blues (2017) dan Jordi (2021). – Agensi

    Maroon 5 bakal beraksi di Malaysia pada 12 Februari tahun depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Facts.net
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda