Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martin jangka MotoGP Jepun mencabar kerana cuaca tidak menentu

    MOTEGI, 3 OKT – Pendahulu kejuaraan MotoGP, Jorge Martin, memberi amaran mengenai keadaan ‘yang sukar diramal’ menjelang perlumbaan MotoGP Jepun hujung minggu ini, ketika beliau berusaha untuk menambah kelebihan mata terhadap pencabarnya, Francesco Bagnaia.

    Pelumba Sepanyol dari pasukan Pramac itu berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Indonesia minggu lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan 21 mata di hadapan juara bertahan dari Itali, Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Litar Mandalika, Pulau Lombok.

    Keputusan tersebut menyaksikan Martin dan Bagnaia dari pasukan Ducati kini terikat dalam saingan dua penjuru bagi merebut gelaran juara, dengan hanya berbaki lima perlumbaan, bermula dengan pusingan di Litar Motegi hujung minggu ini.

    Martin, yang meraih kemenangan di MotoGP Jepun tahun lalu dalam perlumbaan yang dipendekkan akibat hujan, menyatakan bahawa kali ini beliau akan ‘bermula dari sifar’ dengan lebih banyak cuaca buruk kemungkinan melanda.

    “Tahun lalu, keputusan memang berpihak kepada saya, tetapi keadaan kali ini berbeza. Saya berada di kedudukan mengejar ketika itu,” kata Martin, yang kini bersaing untuk merangkul gelaran juara dunia MotoGP buat pertama kalinya.

    “Saya menang dalam perlumbaan pecut dan perlumbaan utama pada Ahad, namun kali ini saya jangkakan ia akan lebih mencabar,” ujarnya. – AFP

    Aksi Martin ketika mengemudi motosikalnya semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Motosikal Emilia Romagna di litar Misano, Itali, pada 22 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda