Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Masyarakat diseru sokong bekas banduan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Setakat ini lebih 50 orang bekas banduan telah pun mendapat pekerjaan.

    Ini adalah hasil daripada penerimaan dan sokongan masyarakat kepada bekas banduan untuk menerima mereka masuk ke dalam kelompok masyarakat dapat mengubah pemikiran mereka.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman memberi respons kepada persoalan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari keenam, di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjawab kepada persoalan daripada Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam mengenai dengan jumlah kes tertinggi kemasukan semula ke penjara merupakan kes curi dan dadah.

    Beliau seterusnya menambah, banduan-banduan semasa menjalani tahanan mereka juga diterapkan dan diajar dari segi kerohanian yang mana program ini telah pun digariskan oleh Jabatan Penjara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa memberikan respons kepada persoalan yang ditimbulkan semasa mesyuarat tersebut. – Gambar oleh Bahiyah Bakir

    Ia merupakan objektif jabatan tersebut untuk memastikan mereka ini pulih dan apabila sudah keluar ke pangkuan masyarakat, ia akan dapat mengubah pemikiran mereka.

    Di sinilah pentingnya penglibatan masyarakat sama ada majlis perundingan kampung atau mukim untuk memastikan mereka ini diterima oleh masyarakat.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menekankan, pemikiran bukan saja di Jabatan Penjara saja tapi keterlibatan masyarakat untuk menganggap mereka ini sama ada bekas banduan atau pun bukan.

    Manakala dari segi kesihatan mental pula, memang diterapkan melalui program keagamaan, khatam Al-Quran setiap minggu dan juga sembahyang berjemaah.

    “Selain program reintergrasi juga dilaksanakan di jabatan berkenaan untuk memastikan mereka bersedia apabila sudah keluar dari tahanan nanti,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...