Thursday, March 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat 11 pekerja dalam letupan lombong arang batu ditemui

    ISLAMABAD, 13 JAN – Penyelamat telah menemui mayat 11 pekerja lombong yang maut minggu lalu selepas letupan gas metana menyebabkan sebuah lombong arang batu runtuh di barat daya Pakistan, kata pegawai pada tadi.

    Operasi masih diteruskan untuk mencari seorang lagi pekerja yang hilang sejak Khamis lalu, apabila lombong itu runtuh di bandar Singidi, wilayah Balochistan, kata Abdul Ghani, seorang pemeriksa lombong.

    Dua lagi pekerja lombong maut pada Ahad apabila sebuah lombong lain runtuh di Harnai, sebuah daerah di Balochistan, tambahnya.

    Standard keselamatan sering diabaikan dalam industri lombong arang batu di Pakistan, yang menyebabkan kemalangan dan letupan yang membunuh puluhan pekerja lombong setiap tahun.

    Pekerja lombong sering mengadu bahawa pemilik gagal memasang peralatan keselamatan. – AP

    Penduduk berkumpul ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi di Singidi, kawasan terpencil di wilayah Balochistan barat daya Pakistan pada 10 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda