Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe akan sertai Madrid

    BUENOS AIRES, 15 MEI – Presiden La Liga, Javier Tebas berkata penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.

    Kapten Perancis berusia 25 tahun itu mengumumkan minggu lalu dia meninggalkan PSG pada akhir kontraknya pada musim panas ini, tanpa menyatakan destinasinya, dan Madrid bersedia untuk menandatanganinya selepas bertahun-tahun gagal mendapatkannya.

    Dia kepunyaan Madrid musim depan, ya,” kata Tebas kepada akhbar sukan harian Argentina, Ole Isnin lalu.

    Jika mereka menandatangani perjanjian lima tahun,maka dia mempunyai lima peluang (untuk memenangi Liga Juara-Juara),” tambahnya.

    Mbappe bersedia untuk menyertai pasukan Madrid yang diketuai oleh pemain Brazil, Vinicius Junior dan pemain antarabangsa England, Jude Bellingham.

    Los Blancos melangkah ke kejuaraan Sepanyol dan berada di final Liga Juara-Juara di Wembley untuk menentang Borussia Dortmund pada 1 Jun.

    “(Mbappe) adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, tetapi Vinicius dan Bellingham juga ada di sana, Madrid akan mempunyai skuad yang hebat,” sambung Tebas. “Tetapi itu tidak menjamin anda akan memenangi liga.”

    Mbappe ialah penjaring terbanyak sepanjang masa bersama PSG dengan 256 gol, setelah menyertai kelab itu dari Monaco pada 2017 dengan harga 180 juta euro ($AS194 juta).

    Bersama PSG, dia memenangi enam kejuaraan liga Perancis tetapi gagal meraih kejayaan Liga Juara-Juara, menamatkan saingan sebagai naib juara kepada Bayern Munich pada 2020. – AFP

    Kylian Mbappe menyampaikan ucapan selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 di Paris pada 13 Mei lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda