Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $100 buang sampah merata

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seorang individu telah dikenakan kompaun sebanyak $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) pada 17 September kerana kesalahan melanggar Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu kesalahan membuang sampah di tempat awam.

    Individu tersebut didapati melakukan kesalahan membuang botol plastik di Taman Mahkota Jubli Emas dan diberikan tempoh selama tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak JASTRe ingin mengingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Gambar botol yang dibuang di tempat awam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. – GAMBAR SERAHAN JASTRe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda