Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memahami subjek menerusi belajar sambil bermain

    Oleh Normazlina M.D

    TUTONG, 1 Okt – Bagi menarik minat pelajar Tahun 6 untuk belajar sambil bermain, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Kluster 5, telah me-ngadakan Program Pecutan Akhir PSR 2017, kelmarin.

    Program dimulakan dengan bacaan-bacaan zikir pilihan bagi membersihkan serta melapangkan hati para pelajar agar dapat menghadapi Peperiksaan PSR dengan tenang.

    Program seterusnya disusuli dengan ceramah motivasi bertajuk ‘Tip Belajar Berkesan’ yang disampaikan oleh Kaunselor Sekolah, Dayang Siti Norhuda binti Haji Zulkipli yang menyentuh mengenai pengurusan masa belajar dan riadah, penggunaan peta minda dan akronim.

    Sebagai acara kemuncak, program itu diselitkan dengan aktiviti ‘Learn and Play’ yang mana aktiviti tersebut dibahagikan kepada lima stesen dengan setiap stesen mewakili subjek-subjek PSR.

    Menerusi stesen tersebut, para pelajar perlu bermain permainan yang disediakan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diberikan.

    Melalui aktiviti ‘Learn and Play’ berkenaan, ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan cara bermain. Di samping bermain, murid-murid akan faham subjek yang dipelajari.

    Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh guru besar sekolah berkenaan, Hajah Kostinah binti Haji Garif.

    Hajah Kostinah bergambar ramai bersama para pelajar dan guru yang terlibat dalam program berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda