Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperbanyakkan berdo’a ketika sujud dalam sembahyang

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti dan Kerajaan

    Sujud merupakan salah satu rukun fi‘li dalam sembahyang, sama ada sembahyang fardhu mahupun yang sunat. Sujud dalam sembahyang adalah termasuk dalam rukun fi‘li yang panjang, seumpama juga dengan berdiri (qiyam), ruku‘ dan duduk tasyahhud akhir.

    Kadangkala tempoh atau masa yang diambil oleh sebilangan orang ketika sujud dalam sembahyang adalah ketara lebih panjang atau lebih lama daripada kebiasaan. Kadangkala perkara ini berlaku disebabkan bacaan tambahan seperti do‘a dan seumpamanya yang dibaca selepas tasbih sujud.

    Pada keluaran kali ini, dibawakan penjelasan mengenai bacaan dan do‘a yang disunatkan untuk dibaca khusus ketika sujud dalam sembahyang serta kepada siapa perkara ini dianjurkan untuk diamalkan dan dilaksanakan.

    TASBIH KETIKA SUJUD

    Membaca tasbih ketika sujud dalam sembahyang hukumnya adalah sunat hai’at dan merupakan ittiba‘, iaitu mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lafaz tasbih ketika sujud dalam sembahyang adalah seperti: Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi KebesaranNya dengan segala puji-pujian bagiNya.

    Ketika sujud, orang yang sembahyang secara sendiri boleh membaca tasbih ketika sujud sebanyak 3 kali atau 5 kali atau 7 kali atau 9 kali atau 11 kali, dan adalah memadai membaca tasbih sekurang-kurangnya sekali (1 kali) bagi memenuhi tuntutan sunat.

    Bagaimanapun, imam hendaklah meringkaskan tasbihnya ketika sujud pada bilangan yang afdhal, iaitu sebanyak 3 kali dan tidak lebih daripada itu, melainkan imam yang telah mendapatkan redha (persetujuan) para makmumnya mengenai perkara tersebut. Ini disebabkan tuntutan supaya imam meringankan sembahyang para makmum dan tidak memanjangkannya.

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda