Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mencari dalang di sebalik pembunuhan

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    UMPAMA aur dan tebing, Mila Flores dan sahabat baiknya Riley tidak pernah dipisahkan. Akibat keranaberasa bosan di pekan kecil Cross Creek yang damai itu, Mila dan Riley menghiburkan diri mereka dengan meluangkan masa mereka melakukan hobi yang menjadi kegemaran Riley, sihir amatur.

    Apabila Riley dan dua orang lagi gadis dari Fairmont Academy didapati mati dalam keadaan yang mencurigakan, Mila enggan menerima penjelasan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa sahabatnya itu telah terlibat dalam ritual membunuh diri.

    Malahan, dengan setiub lipstik dan buku sihir purba, Mila telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan demi mendapatkan kebenaran di sebalik kejadian berkenaan. Dia telah menghidupkan semula gadis-gadis tersebut.

    Untuk mengetahui selanjutnya kisah yang menarik ini, pembaca bolehlah mengikutinya dalam novel Undead Girl Gang karya Lily Anderson yang kini sudah berada di pasaran.

    Akan tetapi malangnya, Riley, June dan Dayton langsung tidak mempunyai sebarang memori mengenai pembunuhan mereka, namun mereka mempunyai tugasan yang belum selesai.

    Kini hanya tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum sihir itu pudar dan gadis-gadis tersebut kembali ke pusara mereka, Mila harus memimpin sepasukan gadis zombi itu dan mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut sebelum si pembunuh kembali membunuh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda