Suasana suram menyelubungi pengebumian mendiang Liam Payne yang berlangsung secara tertutup di Amersham, Buckinghamshire, London pada Rabu.
Apa yang menarik perhatian, kesemua bekas anggota One Direction hadir memberi penghormatan buat kali terakhir kepada sahabat mereka.
Ini kali pertama mereka dilihat berkumpul di khalayak selepas sembilan tahun berpecah.
Harry Style, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson tiba di gereja secara berasingan sebelum menyertai rombongan ahli keluarga mendiang.
Kesemua mereka dilihat mengenakan sut berwarna hitam di majlis berkenaan.
Keranda jasad Liam diarak menaik kereta kuda dengan tertera bunga tertulis perkataan ‘ayah’ dan ‘anak’.
Malah sebagai tanda peringatan terha-dap hobi kegemarannya, satu set pin boling dipamerkan ketika perarakan berlangsung.
Selain bekas anggota One Direction, rakan selebriti lain turut hadir bersama adalah James Corden, Simon Cowell dan Chery Tweedy serta kekasih mendiang, Kate Cassidy.
Pada 16 Oktober lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Punca kematian Liam masih menjadi tanda tanya ramai meskipun makluman awal mengesahkan ia berkaitan dengan dadah dan minuman alkohol. – Agensi