ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD
BUDAYA dan sejarah sesebuah negara sering berjaya menjadi tarikan kepada para pelancong atau warga luar negara ketika melancong sesebuah negara.
Maka, setentunya dengan menampilkan elemen sejarah dan budaya juga sering ditampilkan dalam kebanyakan siri drama Korea seperti Queen of Seon Deok, Dong Yi dan Hur Jun yang bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang baik bahkan juga cuba untuk mengetengahkan sejarah kegemilangan tokoh-tokoh ternama sesebuah negara.
Kini, Saimdang, Light’s Diary yang mengisahkan mengenai kehidupan salah seorang tokoh bersejarah di Korea iaitu Shin Saimdang pula mula diketenghkan untuk tatapan hiburan kepada para penonton.
Siri drama ini diarahkan oleh Yun Sang-Ho dan skripnya ditulis oleh Park Eun-Ryeong. Sementara para pelakon yang membintangi siri drama ini pula adalah terdiri daripada Lee Young-Ae, Ong Seung-Heon dan Oh Yoon-Ah.
Istimewanya, siri drama ini merupakan penglibatan pertama Lee Young-Ae terlibat dalam dunia lakonan sejak kali terakhir meninggalkannya pada tahun 1993.
Dalam siri drama ini, Lee Young-Ae memegang dua watak iaitu seorang pensyarah dan juga tokoh bersejarah bernama Shin Saimdang, yang merupakan penyair terkemuka pada era Joseon.
Pada dasarnya, siri drama ini mengisahkan mengenai seorang pensyarah seni dan sejarah yang secara tidak sengaja menjumpai sebuah diari yang turut mengandungi potret seorang wanita.
Ternyata, diari tersebut mengandungi kisah kehidupan tokoh sejarah terkemuka dalam bidang syair ketika era Joseon sekaligus cuba membawa penonton ke dalam era tersebut.
Justeru, setentunya ia merupakan sebuah kisah yang sangat menarik untuk ditonton khususnya dapat memberikan pengajaran dalam menceritakan sejarah dan sumbangan tokoh Korea tersebut kepada negaranya.
Maka, sekiranya anda merupakan seorang yang cukup gemar untuk mengetahui kisah sejarah dan budaya Korea jangan terlepas untuk terus menonton Saimdang, Light’s Diary.