(Siri akhir)
1-Mereka cerita
SATU lagi cara menyimpan senarai item yang penjang dalam memori, dan mengingatnya kembali adalah menggunakan teknik naratif. Menurut penulis iaitu Martin Manser, pengarang buku Mindpower Secrets bahawa kita hanya perlu mereka cerita yang menggabungkan semua item atau perkara.
Isteri penulis bersama sahabat-sahabatnya menggunakan masa lapang bagi bercerita. Antara kegemarannya adalah membawa beg mengandungi beberapa objek yang bermakna baginya. Barang-barang ini adalah pencetus kepada memorinya dan membolehkannya mereka cerita.
Sesiapa sahaja dapat menggunakan teknik ini bagi mereka cerita yang membantunya mengingat beberapa perkara mengikut turutan. Apabila kita memilih item-item mengikut susunan tertentu, kita dapat mengingat kembali perkara-perkara yang mempunyai hubungan dengan objek itu mengikut turutan yang khusus itu.
Sebagai contoh, ini adalah senarai objek-objek yang menjadi pencetus bagi cerita berikutnya:
–Loceng
–Penindih kertas
–Peta
–Bunga kering
“Loceng pintu berbunyi, saya teringat saya perlu membeli bateri bagi kamera digital saya. Rupa-rupanya di luar rumah saya terdapat posmen yang sedang membimbit beg yang kelihatan berat (penindih kertas: peringatan untuk saya pergi ke kedai alat tulis bagi membeli kertas). Beliau menghulurkan bungkusan yang ditampal dengan pelbagai setem berwarna-warni dari negara asing (menampakkan idea berat dan kiu visual apabila melihat posmen hampir dihimpit oleh beg besar berisi surat-surat dan bungkusan). Setem-setem itu akan diberikan kepada sahabat yang mengumpul setem.
Saya membuka bungkusan itu. Bungkusan itu mengandungi peta lama (mengingatkan saya supaya bertanya berkenaan percutian ke Thailand, yang kami rancang untuk percutian tahun hadapan). Saya membelek-belek peta yang usang dan berbau hapak itu (deria bau).
Saya terjumpa sekuntum bunga kering dengan menekannya di antara muka surat atlas itu (terdapat idea penindih kertas mungkin digunakan). Saya melatakkan hidung saya dekat dengan bunga itu bagi mengetahui sama ada baunya masih ada (penggunaan pelbagai deria dan mengingatkan saya supaya menghadiahkan bunga kepada isteri saya).
Mungkin cerita ini tidak akan memenangi sebarang hadiah, tetapi sebagai alat membantu memori kita, cerita ini mengandungi elemen-elemen berguna. Cerita ini memuatkan perkara-perkara seperti pelbagai objek yang bermakna bagi diri kita, aksi seperti membuka kertas pembungkus, warna bagi menguatkan lagi imej visual dan bau. Dengan cara begini, cerita ini menggunakan semua deria bagi memperkukuhkan memori.
Dengan mereka bahagian-bahagian yang berlainan bagi sebuah cerita, kita dapat mengingat beberapa perkataan-perkataan dalam senarai.
2-Mengingat frasa utama dalam ceramah
Perkara terpenting apabila kita mengikuti ceramah adalah mengingat idea-idea utamanya, bukan semua butirannya.
Apabila kita memberi ceramah, seelok-eloknya jangan membaca teks. Kita dapat sediakan struktur tiga perkara berikut dengan teliti:
1-Pengenalan – dengan satu idea utama.
2-Beberapa isi penting.
3-Penutup – dengan satu idea utama.
Bagi bahagian pengenalan, penulis selalunya berusaha menyediakan kata-kata sebenar yang menarik (bagi membangkitkan semangat pendengar). Begitu juga dengan bahagian penutup (ini adalah kata-kata terakhir yang kita tinggalkan untuk mereka).
Penulis berusaha keras memilih frasa-frasa yang tepat yang dapat menarik perhatian pendengar. Namun kebiasaannya saya tidak merancang pembuka bicara dengan ucapan “Selamat pagi”, “Apa khabar?”, dan sebagainya. Hal ini kerana dalam situasi sebenar, saya menggunakan kata-kata pembukaan yang sesuai dengan mood audiens pada masa itu.
Bagi bahagian utama penyampaian, saya tidak menyediakannya dengen terperinci. Penulis juga tidak merancang setiap ayat dengan terperinci, tetapi hanya merancang frasa-frasa utama. Sebagai contoh, dalam ayat terakhir tadi, kata-kata dan frasa utamanya adalah “tidak merancang”, “ayat terperinci”, “frasa utama”. Namun penulis perlu menghuraikan maksudnya dengan jelas.
Satu lagi cara berkomunikasi adalah dengan menggunakan perkataan sinonim (perkataan yang ada persamaan makna dengan perkataan tertentu, contohnya, baik dan bagus). Apabila kita ingin berkata, “terima kasih”, kita gunakan sinonim bagi terima kasih. Kita kata, “menyatakan rasa terhutang budi”, “kami rasa berbangga”, “kami menghargai budi baik tuan”. Sebagai contoh, “Kami terhutang budi atas jasa baik tuan selama ini, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan kami…” Kita hanya perlu ingat “terima kasih”.
Apabila membuat persediaan bagi menyampaikan ceramah, ingat frasa-frasa utamanya sahaja.
Fikirkan sejenak
Satu daripada varian yang berkaitan dengan sinonim adalah antonym (perkataan yang berlainan makna, misalannya, tua/muda). Andai kata saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada seseorang bagi kejayaan-kejayaannya yang cemerlang, saya mungkin berkata, “Ini bukan sebarang kejayaan.” – iaitu, kejayaannya adalah perkara yang luar biasa.