Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri didakwa lakukan keganasan rumah tangga

    SYDNEY, 7 JULAI – Menteri Petroleum Papua New Guinea, Jimmy Maladina ditahan di Sydney, Australia dan berdepan dakwaan melakukan keganasan rumah tangga, lapor media tempatan hari ini.

    Menurut laporan laman sesawang Australian Broadcasting Corporation, ABC yang dipetik Xinhua, menteri itu didakwa atas kesalahan keganasan rumah tangga pada pagi Sabtu selepas ditahan di Bondi, timur Sydney.

    Polis menerima laporan sekitar jam 10 pagi waktu tempatan Sabtu di sebuah alamat di Bondi.

    Seorang wanita berusia 31 tahun mengalami kecederaan di muka, didakwa akibat pertengkaran dengan seorang lelaki berusia 58 tahun.

    Lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum didakwa atas kesalahan serangan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

    Menurut kenyataan Maladina yang dipetik oleh ABC, beliau ‘memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa’.

    Menteri itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan perbicaraan di mahkamah dijadual pada Khamis.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda