Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Indonesia gesa penghapusan senjata nuklear

    JAKARTA, 27 SEPT – Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi memberikan amaran bahawa dunia masih berhadapan dengan ancaman kemusnahan nuklear, meskipun terdapat harapan global untuk masa depan yang lebih cerah.

    “Pada masa ini, sebanyak 13,000 senjata nuklear masih dimiliki oleh beberapa negara, termasuk negara-negara yang berada di luar Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT),” kata Retno semasa Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) sempena Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keseluruhan Senjata Nuklear yang ke-10.

    Retno menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan dalam perjanjian kawalan senjata, peningkatan retorik agresif berkaitan nuklear, serta risiko yang dibawa oleh kemajuan teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), yang semakin memperhebatkan bahaya yang dikaitkan dengan senjata nuklear.

    “Kita harus bertanya kepada diri kita sendiri: Adakah ketakutan terhadap senjata nuklear mampu menjamin keamanan? Jawapan Indonesia adalah dan akan sentiasa tidak,” tegas Retno, mengulangi komitmen teguh Indonesia terhadap penghapusan senjata nuklear di peringkat global.

    Beliau turut menggesa negara-negara untuk memberikan tumpuan kepada tiga tindakan utama, termasuk segera memulakan rundingan serius mengenai penghapusan senjata. – Bernama

    Retno bercakap semasa sesi UNGA di ibu pejabat PBB, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda