Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Menteri-menteri kabinet baharu angkat sumpah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh empat tahun yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Majlis mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Watikah Pelantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

    Mula-mula mengangkat sumpah ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di JPM.

    Disusuli oleh Yang Berhor-mat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di JPM.

    Seterusnya mengangkat sumpah, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri di JPM; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar sebagai Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid sebagai Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh sebagai Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Kemudian majlis diteruskan dengan mengangkat sumpah bagi tujuh orang timbalan menteri yang didahului oleh Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw sebagai Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM; Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Timbalan Menteri di JPM; Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Timbalan Menteri di JPM; Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan; Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi; Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi; dan Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

    Juga hadir, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Peguam Negara, Yang Berhormat Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenaan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada Majlis Mengangkat Sumpah di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi pada Majlis Mengangkat Sumpah Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna turut berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah tersebut.
    ATAS & BAWAH: Sebahagian menteri-menteri kabinet yang mengangkat sumpah pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin.

    ATAS & BAWAH: Antara timbalan-timbalan menteri yang mengangkat sumpah pada majlis berkenaan.

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...