MADRID, 31 MAC – Lionel Messi mengesahkan semalam bahawa pemain Barcelona akan mengambil potongan gaji sebanyak 70 peratus dan membuat sumbangan kewangan untuk memastikan para pekerja lain di kelab dibayar sepenuhnya semasa perintah berkurung di Sepanyol.
Kelab-kelab lain di Sepanyol dijangka akan mematuhi pemotongan gaji sementara tersebut, kerana bola sepak ditangguhkan disebabkan oleh wabak COVID-19 menyebabkan sejumlah mereka menghadapi krisis kewangan.
Atletico Madrid telah menyatakan kelab itu akan mengenakan pengurangan gaji bagi kakitangan yang telah terjejas sementara Espanyol juga mengesahkan pemotongan gaji, walaupun hanya untuk kakitangan sukan sahaja.
“Bagi pihak kami, sudah tiba masanya untuk mengumumkan bahawa, pengurangan sebanyak 70 peratus daripada gaji, kami juga akan membuat sumbangan supaya para pekerja kelab dapat menerima 100 peratus gaji mereka sementara situasi ini masih menjejaskan,” tulis Messi.
“Kami ingin menjelaskan bahawa hasrat kami mengurangkan gaji kerana kami memahami sepenuhnya bahawa ini adalah keadaan yang luar biasa dan kami adalah yang pertama yang selalu membantu kelab apabila ditanya.
“Banyak kali kita melakukannya melalui inisiatif kita sendiri apabila kita fikir ianya perlu atau penting.
Mesej Messi disampaikan kepada hampir semua rakan sepasukannya di Barcelona, termasuk Gerard Pique, Sergio Busquets, Luis Suarez, Jordi Alba, Antoine Griezmann, Frenkie de Jong, Arturo Vidal dan Marc-Andre ter Stegen.
Hubungan antara pemain dan ahli lembaga Barca dalam ketegangan selama beberapa bulan, selepas kritikan Messi terhadap setiausaha teknikal, Eric Abidal pada bulan Februari lalu adalah salah satu dari beberapa kontroversi di Barca.
Bartomeu berkata pemain-pemain senior bersetuju dengan mengambil potongan gaji dari awal.
“Dari saat pertama saya mahu ia menjadi sesuatu yang disepakati dan walaupun saya boleh melakukannya dengan undang-undang, tetapi kami mahu mencapai persetujuan kerana ia adalah yang terbaik untuk Barca dan menunjukkan komitmen mereka,” kata Bartomeu.
“Dari saat pertama, Messi berkata ini mesti dilakukan,” katanya. – AFP