PARIS, 2 APRIL – Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Meunier berkata dia mahu kekal dalam kelab juara Perancis selepas penghujung musim ini, dengan kontraknya dijangka tamat pada musim panas ini.
Meunir, 28, telah memenangi dua kejuaraan Ligue 1 sejak menyertai PSG dari Kelab Brugge pada tahun 2016, dan menjadi sebahagian daripada skuad Belgium yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia 2018.
“Semua orang tahu bahawa matlamat utama saya adalah untuk kekal di Paris, tetapi untuk masa ini ia adalah agak sunyi. Kita akan lihat di antara sekarang dan hujung musim ini,” beritahunya kepada penyiar Belgium RTBF.
Pemain versatil Meuneir menyangkal segala spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Borussia Dortmund.
“Saya telah membaca banyak artikel yang mengaitkan saya dengan Tottenham atau Inter dan juga Dortmund,” Meunier berkata, meluahkan rasa bingung pada minat yang ditunjukkan oleh peminat terhadap pasukan berpotensi. “Saya tidak faham kegilaan ini.” – AFP