Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miami tersingkir dalam Piala Liga

    WASHINGTON, 14 OGOS – Dua gol hasil Diego Rossi pada separuh masa kedua membawa juara MLS, Columbus Crew menewaskan juara bertahanPiala Liga, Inter Miami 3-2 untuk mara ke suku akhir kelmarin.

    Penyerang Uruguay itu menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-69 dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 untuk menyingkirkan Miami, yang merupakan pendahulu keseluruhan MLS musim ini.

    Bintang Miami, Lionel Messi tidak bermain dan terpaksa diketepikan kerana kecederaan buku lali kanan yang dialami sebulan lalu semasa kemenangan final Copa America, Argentina ke atas Colombia.

    Dengan kemenangan itu, Crew akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan suku akhir pada Sabtu menentang New York City, yang menang 2-1 ke atas Tigres.

    Pemain tengah Paraguay, Matias Rojas memberikan Inter Miami kelebihan 1-0 pada minit ke-10 dan rakan senegara Diego Gomez menggandakan jaringan dengan gol pada minit ke-62 sebelum penyerang Amerika Syarikat, Christian Ramirez berjaya menjaringkan gol untuk Crew pada minit ke-67, membuka jalan kepada dua gol kemenangan Rossi.

    Kejohanan itu menampilkan pasukan-pasukan dari MLS dan Liga MX Mexico, dengan Messi
    mengetuai Miami ke mahkota sulung tahun lepas sejurus tiba di Florida. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda