Thursday, December 19, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft beli hampir 500,000 cip utama Nvidia pada 2024

    SAN FRANCISCO, 19 DIS –Microsoft telah membeli hampir 500,000 cip Nvidia Hopper tahun ini, lebih dua kali ganda berbanding mana-mana pesaing terbesarnya.

    Syarikat gergasi teknologi itu membeli 485,000 cip Nvidia Hopper sepanjang 2024, Financial Times memetik data daripada syarikat perundingan teknologi Omdia.

    Pembelian cip pada 2024 oleh Microsoft lebih daripada tiga kali ganda bilangan cip Nvidia yang dibeli oleh syarikat pada 2023.

    Microsoft juga sedang membina dan mengubahsuai cip kecerdasan buatannya sendiri yang dipanggil Maia, seperti yang telah diumumkan pada persidangan Ignite pada akhir 2023.

    Microsoft juga menambah perkongsiannya dengan OpenAI dan mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan AS$6.6 bilion yang besar pada bulan Oktober.

    Sementara Meta pula membeli 224,000 cip utama Nvidia yang sama tahun ini.  – Xinhua

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda