Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimpi jadi kenyataan

    YEKATERINBURG, 22 Jun – Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe berkata beraksi di Piala Dunia adalah ‘mimpi jadi kenyataan’ selepas pemain yang sedang meningkat naik itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Peru sekali membawa Perancis mara ke peringkat 16 terakhir.

    Perancis menjadi salah sebuah pasukan pilihan dalam kejohanan ini, menyertai Uruguay dan Rusia dalam pusingan kalah mati dengan berbaki satu perlawanan kumpulan.

    Mbappe berusia 19 tahun dan 183 hari, menunjukkan bakat yang dia ada dan menjadi penjaring termuda Perancis di Piala Dunia.

    Pasukan kendalian Deschamps akan berdepan Denmark Selasa nanti di mana kedudukan teratas Kumpulan C masih belum pasti tetapi kemaraan ke peringkat seterusnya sudah pasti.

    Sementara itu, Peru akan berdepan Australia di mana kempen kedua-dua pasukan mungkin akan terkandas dan hanya menjadi kebanggaan dengan membawa nama negara ke Rusia.

    Mbappe meraikan golnya bersama Griezmann semasa perlawanan menentang Peru di Arena Yekaterinburg semalam. – Xinhua

    “Saya selalu berkata bahawa Piala Dunia menjadi impian setiap pemain dan ia merupakan impian saya juga, mimpi menjadi kenyataan dan saya berharap akan ada lebih banyak detik seperti ini nanti,” kata Mbappe.

    Deschamps teruja dan mengakui bahawa pasukannya bergelut dalam 20 minit terakhir dan kecewa selepas menyaksikan anak buahnya mudah dikuasai.

    Namun, dengan beberapa gergasi dunia bergelut di kejohanan ini, bekas pemain tengah dan pemenang Piala Dunia berkata dua kemenangan dalam dua perlawanan belum dapat digembirakan.

    “Kami akan menikmati kemenangan ini dan membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan kami berada di kedudukan teratas dalam kumpulan dan untuk peringkat kalah mati,” katanya.

    Sementara itu, jurulatih Peru, Ricardo Gareca berkata, anak buahnya telah memberikan semuanya tetapi memohon maaf kepada warga Peru yang membanjiri di bahagian timur bandar itu.

    “Kami berterima kasih kepada peminat kerana semangat yang ditunjukkan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda