Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minyak masak dihantar guna kontena bahan api cetus kemarahan

    BEIJING, 11 JULAI – Pendedahan bahawa minyak masak dihantar dalam kontena yang turut digunakan untuk membawa bahan api telah mencetuskan kemarahan di China, menambah kepada siri skandal keselamatan makanan di negara itu.
     
    Laporan portal berita tempatan, Beijing News, minggu lalu mendedahkan bahawa beberapa trak tangki telah menghantar minyak masak sejurus selepas memunggah minyak bahan api tanpa melalui proses pembersihan yang sewajarnya. 
     
    Laporan itu menyifatkan situasi itu sebagai ‘rahsia terbuka’ dalam industri pengangkutan. Pemandu trak yang ditemu bual portal itu berkata amalan tersebut membantu mengurangkan kos di tengah persaingan yang semakin sengit. 
     
    Pakar sains makanan, Zhu Yi, yang dipetik dalam laporan itu berkata penggunaan jangka panjang minyak bahan api, yang terdiri daripada hidrokarbon, boleh menyebabkan keracunan. Pihak berkuasa China berjanji akan bertindak keras, dengan kerajaan pusat mengumumkan pada Selasa bahawa satu siasatan akan dijalankan.
     
    Beijing juga telah berjanji untuk memperketat peraturan keselamatan makanan dan memperkukuhkan kepercayaan awam.
     
    Rakyat China sudah tidak asing dengan skandal berkaitan keselamatan makanan dan pendedahan terbaharu itu. – AFP 
     
    Gambar Freepik
     
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda