Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morikawa, Hovland buru ranking teratas

    MIAMI, 17 MAC – Rakan permainan Collin Morikawa dan Viktor Hovland, pemain nombor dua dan tiga dunia, akan memburu ranking teratas global pada Kejohanan PGA Valspar AS bermula hari ini.

    Lima daripada 10 pemain teratas akan bertanding di padang Innisbrook Copperhead di Palm Harbor, Florida, dengan pemain Sepanyol Jon Rahm berisiko kehilangan kedudukan tempat teratas. Pemain Amerika Syarikat (AS) Morikawa, juara Terbuka British dan pemenang Kejohanan PGA 2021, dan pemain Norway Hovland, yang menang di Mayakoba pada November dan Cabaran Dunia pada Disember, masing-masing berada di ranking tertinggi karier mereka.

    Morikawa atau Hovland, bersama dalam kumpulan hari ini dan esok, akan menjadi pemain nombor satu untuk kali pertama dengan satu kemenangan. Morikawa akan mengambil kedudukan teratas dengan perkongsian tiga pusingan kedua – dengan syarat Hovland bukan pemenang.

    “Ia pastinya besar,” kata Morikawa. “Ia sudah tentunya membentuk sebahagian daripada kerjaya yang ingin dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan tetapi saya juga ingin kekal di sana.

    “Sesiapa sudah pastinya suka mencapai tahap itu dan semua orang ingin melihat kepuasan dalam kerja dan segala yang telah awda lakukan. Namun sama ada saya akan berjaya pada minggu depan atau sama ada saya akan mencapainya atau tidak, kerja tidak akan terhenti disebabkan saya rasa saya masih boleh memberikan prestasi lebih baik.” – AFP

    Aksi Collin Morikawa melakukan pukulan dari lubang kesembilan semasa kejohanan The Players di TPC Sawgrass I Ponte Vedra Beach, Florida pada 12 Mac lalu – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda