Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU promosikan produk sehingga bulan Syawal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Concepts Computer menjalin kerjasama bersama Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan produk masing-masing semasa bulan Ramadan dan Syawal.

    Sehubungan itu, majlis penandatanganan MoU itu telah diadakan di Pejabat Concepts Computer, Kiulap, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak Concepts Computer ialah Pengurus Besar Kumpulan Syarikat-syarikat Concepts, Vincent Pao dan Eksekutif Pemasaran, Awang Zul Abdul Rahman.

    Manakala itu, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Malcolm Lim dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Aelene Siang. Menurut Vincent Pao, Concepts Computer mempunyai jumlah pelanggan komuniti Muslim Brunei yang besar, oleh itu, adalah amat bersesuaian untuk bekerjasama dengan Kingston Beverage & Creamery untuk memberikan kupon minuman percuma bagi pelanggan-pelanggan setia yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

    Beliau turut berkata bahawa Concepts dan Kingston telah mengadakan kerjasama berkenaan sejak sekian lamanya dan berharap ia akan terus dapat dilaksanakan serta dikembangkan lagi. Menerusi kerjasama berkenaan, bagi setiap pembelian tertentu dalam satu resit sepanjang Ramadan dan Syawal, sekeping kupon minuman percuma akan diberikan dan boleh ditebus bagi satu karton (24 tin) minuman dalam tin. Penebusan bagi setiap kupon minuman percuma boleh dibuat di Pusat Penebusan Kingston Beverage & Creamery di Beribi.

    Wakil dari Syarikat Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd bergambar ramai selepas majlis menandatangani MoU tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda