LONDON, 26 Feb – Jose Mourinho (gambar) boleh memenangi kejuaraan utama pertamanya dalam mengendalikan Manchester United bagi persaingan akhir Piala Liga tengah malam ini menentang Southampton dan Wayne Rooney mungkin adalah pemain yang akan membantunya untuk melakukannya.
Mourinho akan menjadi pengurus United yang pertama untuk memenangi hadiah teratas dalam musim penting di Old Trafford jika pasukannya melakarkan kemenangan di Wembley.
Bahkan legenda United, Alex Ferguson dan Matt Busby tidak berjaya membawa pulang antara trofi utama kembali ke Manchester dalam musim pertama mereka, tetapi Mourinho menegaskan prospek untuk memberikan sesuatu kepada pasukannya untuk diraikan adalah lebih penting berbanding pujian peribadi.
“Saya fikir apabila anda mempunyai rasa yang bagus, anda mahu mengulanginya,” kata pengurus dari Portugis itu.
“Saya rasa apabila anda sudah terbiasa dengan kemenangan, kemudian tidak memenanginya, anda sudah pasti merinduinya.”
United memenangi satu daripada empat trofi terakhir Piala Liga mereka pada 2010 dan kelab itu hanya menjulang satu trofi utama, Piala FA di bawah kendalian mantan Mourinho, Louis van Gaal pada musim lalu,sejak persaraan Ferguson pada 2013.
Southampton terkenal mampu membuat kejutan menentang United dengan memenangi Piala FA 1976 bagi satu–satunya trofi utama dalam sejarah mereka dan Mourinho memberi amaran kepada pemainnya bahawa sejarah mungkin berulang melainkan skuadnya pada masa ini menyaingi azam kuat pasukan kendalian Claude Puel.
“Jika kemahuan mereka lebih kuat berbanding kami, mereka akan menang,” katanya.
“Jadi kami perlu pastikan bahawa kemahuan mereka untuk meraih kejuaraan itu tidak melebihi kemahuan kami.”
“Jadi saya rasa pasukan terbaik di atas padang akan menang dan ia tidak bergantung ke atas motivasi kerana saya tidak rasa mereka lebih bersemangat daripada kami,” tambahnya. – AFP