Saturday, November 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mpox masih belum terkawal

    NAIROBI, 1 NOV – Badan pemantau kesihatan Kesatuan Afrika kelmarin memberikan amaran bahawa wabak mpox masih belum terkawal dan merayu untuk mendapatkan sumber bagi mengelakkan wabak yang lebih teruk daripada COVID-19.

    Lebih daripada 1,100 orang telah meninggal dunia akibat mpox di Afrika, di mana kira-kira 48,000 kes telah direkodkan sejak Januari, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC Afrika).

    Kes mpox masih meningkat di beberapa negara ketika benua itu berdepan kesukaran untuk membendung satu lagi wabak besar yang datang selepas COVID-19, yang mendedahkan sistem kesihatan Afrika yang lemah.

    “Keadaan masih belum terkawal. Secara umum, kita masih berada pada trend peningkatan,” kata Ngashi Ngongo, ketua kakitangan CDC Afrika dan ketua pejabat eksekutif, dalam satu taklimat dalam talian.

    Setakat ini, 19 negara di Afrika telah melaporkan kes mpox selepas jangkitan dikesan di Mauritius, sebuah destinasi popular bagi pelancong yang tertarik dengan pantainya yang putih dan airnya yang jernih.

    Keadaan itu amat membimbangkan di Uganda yang melaporkan kematian pertama akibat virus itu minggu ini.

    Namun dana untuk membendung wabak itu masih kurang mencukupi, menurut amaran CDC Afrika.

    “Apa yang kami perlukan ialah mobilisasi politik dan kewangan yang berterusan,” kata Ngongo, sambil menambah bahawa langkah itu adalah penting untuk menghentikan mpox daripada menjadi satu lagi wabak “yang mungkin jauh lebih teruk daripada COVID-19”.

    Mpox, yang sebelum ini dikenali sebagai monkeypox, disebabkan oleh virus yang di-sebarkan kepada manusia oleh haiwan yang dijangkiti tetapi juga boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda