Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Abrar harumkan nama negara

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Atlet sukan taekwondo Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Abrar bin Haji Bakar, mengharumkan nama negara setelah berjaya meraih pingat gangsa bersama dengan Negeri Perlis semasa Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI), 2024 yang berlangsung di Sarawak, Malaysia.

    Awang Muhammad Abrar melalui acara Kyorugi Fin Weight (bawah 54kg) telah berjaya menumpaskan pihak lawan dari Negeri Terengganu di peringkat awal dengan kutipan mata 13-10 dan 11-11.

    Beliau sekali lagi berjaya menumpaskan pihak lawan dari Negeri Selangor di peringkat suku akhir namun tewas di peringkat separuh akhir semasa bertembung dengan Negeri Sembilan dengan kutipan mata 2-1 daripada dua pusingan.

    Pingat kemenangan telah disampaikan oleh Datuk Pandak bin Ahmad manakala maskot telah disampaikan oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly kepada para pemenang.

    Setakat ini, kontinjen Negara Brunei Darussalam telah berjaya meraih sebanyak enam pingat iaitu satu pingat emas melalui sukan wusyu, dua pingat perak melalui sukan karate dan tiga pingat gangsa melalui sukan wusyu, karate dan taekwondo.

    Datuk Pandak dan Haji Mohamad Rosfazilah bergambar ramai dengan para pemenang bagi acara Kyorugi Fin Weight semasa SUKMA XXI. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda