Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhammad Eddy Shahnoor Syakirin juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Muhammad Eddy Shahnoor Syakirin bin Haji Abdul Aziz dari Pasukan Santai Aja Bladers muncul juara setelah berjaya menewaskan Junaidi bin Mohammad Yussof dari Pasukan Underground Beys dalam perlawanan akhir Beyblade X, Shark Edge, anjuran Jakusha Tour yang diadakan di Teratak DBos di Kampung Mentiri.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Junaidi diikuti oleh Muhammad Arif Syafiq bin Haji Rosaimi dari Pasukan Ghostbeys yang berjaya merangkul tempat keempat.

    Manakala, hadiah sagu hati lapan teratas dimenangi oleh Junaidi, Abdul Yazid dan Abdul Malik Sofri.

    Dalam perebutan gelaran juara Liga Beyblade Brunei Darussalam 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers masih mengungguli carta liga dengan memperoleh 143 mata, diikuti Pasukan Underground Beys dengan 78 mata, Pasukan Santai Aja Bladerz (76 mata), Pasukan Ghostbeys (75 mata) dan Pasukan Beyblade Madness (7 mata).

    Gambar ramai peserta semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda