Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Di antara 5 hingga 11 Disember 2021, tidak ada mukim yang mencatatkan lebih daripada 80 kes.
“Walau bagaimanapun, terdapat satu mukim yang mempunyai kes melebihi 40 kes iaitu Mukim Sengkurong dengan 44 kes,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan hari ini.
Yang Berhormat Dato menjelaskan gambaran peta yang dipaparkan semasa sidang media yang menunjukkan mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini setelah beberapa penelitian dijalankan.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika berada di tempat yang mempunyai jumlah kes yang tinggi dengan menjaga SOP masing-masing seperti sentiasa memakai sungkup muka dan menjaga penjarakan sosial.