Monday, December 2, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Murray jurulatih terbaik’

    LONDON, 1 DIS – Novak Djokovic berkata pengalaman yang dikongsi bersama Andy Murray menjadikan warga Scotland itu ‘jurulatih terbaik’ ketika dia berusaha untuk memenangi rekod Grand Slam ke-25 di Australia pada Januari.

    Murray, pemenang utama tiga kali, bersara selepas Sukan Olimpik Paris pada usia 37 tahun, akhirnya mengakui tidak mampu untuk mengatasi kecederaan yang telah dialaminya sejak sekian lama.

    Minggu lalu, Djokovic membuat pengumuman mengejut bahawa dia akan bekerjasama dengan pesaing lamanya dari Britain di luar musim dan dalam persiapan Grand Slam pertama tahun ini.

    Dia mengakui Murray, yang dilahirkan hanya seminggu sebelumnya mempunyai keserasian.

    “Saya cuba memikirkan apa yang diperlukan pada peringkat karier saya, kerana saya menamatkan khidmat (bekas) jurulatih saya Goran Ivanisevic, di mana saya bekerja bersamanya selama bertahun-tahun, pada Mac,” kata Djokovic kepada Sky Sports.

    “Jadi saya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk memikirkan secara serius sama ada saya memerlukan jurulatih dan siapa yang akan menjadi jurulatih saya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 5 Jun 2016 menunjukan Djokovic (kanan) dan Murray bergambar bersama sebelum perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis di stadium Roland Garros di Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda