Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah separuh akhir bermula 7 Januari

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada 7 hingga 9 Januari 2025 di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sementara itu, seramai 60 peserta yang telah terpilih dan layak ke peringkat separuh akhir kebangsaan Tahun 1446 Hijrah akan memperdengarkan bacaan mereka mengikut kategori masing-masing.

    Daripada jumlah tersebut, lima orang peserta sahaja yang mencapai markah 75 peratus ke atas akan dipilih bagi setiap kategori untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir.

    Sekiranya peserta dengan markah yang layak melebihi jumlah lima orang, peserta dengan markah yang lebih tinggi lebih diutamakan.

    Antara tujuan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya diadakan adalah bagi menggalakkan umat Islam di Negara Brunei Darussalam berjinak-jinak mencintai Al-Quran melalui hafazan dan menjadikannya sebagai satu rutin dan amalan harian.

    Di samping untuk menambah penghafaz-penghafaz Al-Quran dalam sama-sama meraih pahala dan ganjaran dari Allah SWT.

    Selain itu, musabaqah juga dapat mendorong dan membantu para peserta dan orang ramai untuk memahami maksud apa yang terkandung dalam Al-Quran termasuk fakta-fakta surah, nasihat, pengajaran dan hukum-hukum tajwid.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda